Mahathir dalang sebenar, Albert Tei dah lama himpit orang politik
Oleh SYAM GHAZ
Akhirnya konspirasi Kuda Trojan puppet Saka Tua makan diri. Sampai Mahathir kena buat sidang media olok-olok kata perjanjian Trump dan Anwar kononnya gadai negara.
Semua asal ikut skrip dan planning ikut teori konspirasi dah. Kuasa Allah SWT nak selamatkan Anwar Ibrahim, gerakkan hati Albert Tei dedah gambar dia dengan Mahathir.
Gambar Albert dengan ‘Puppet Master’ itu disahkan oleh Ketua Penerangan Pas Malaysia Fadhli Shaari di Facebook. Mahathir adalah Penasihat di empat negeri Pas. Kantoi habis! Planning gagal.
Netizen apa lagi, siasat ke lubang cacing sampai terlondeh habis kes Albert yang asal syarikat cuci sarang walit kini boleh jadi broker projek mineral di Sabah, sampai boleh bayar RASUAH berjuta-juta. Duit datang dari mana? Setakat bisnes cuci sarang burung berapa juta je pun!
Hatta, gambar Albert sumbang duit ke MB Pas Kedah pun jumpa balik, masa tu Perikatan Nasional (PN) berkuasa 33 bulan londeh habis. Dah lama kerja dia himpit orang politik ni!
Tahun 2017 Albert ditangkap di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007, Akta Imigresen dan lain-lain.
Namun, dia dibebaskan DNAA tahun 2019, waktu itu Mahathir jadi Perdana Menteri dan Muhyiddin Yassin jadi Menteri Dalam Negeri.

Konspirasi jijik
Beberapa hari lalu Albert Tei muncul semula, cuba main isu dengan menyiarkan video seorang wanita bernama Rini.
Jelas kelihatan soalan-soalan Albert sengaja dihalakan supaya Rini menyebut nama Shamsul dan Anwar dan mengaitkan beliau. Keseluruhan rakaman itu kelihatan terlalu rehearsed, terancang dan penuh skrip.
Video itu tidak ubah seperti drama murahan yang sengaja direka untuk memburukkan nama Anwar.
Jelas wujud usaha terancang, satu konspirasi yang digerakkan oleh kelompok yang memang tidak pernah senang melihat beliau memimpin.

Ketua Penerangan Pas antara paling laju kongsi video itu. Dari dulu sampai sekarang, apabila ada apa-apa fitnah tentang Anwar, merekalah jentera pertama yang berkokok sebelum sempat orang lain buka mulut.
Itu memang tugas tetap mereka fitnah dahulu, fikir kemudian. Bila tersebar Pas terima duit Albert disiar Harakahdaily semua ‘Un’ tekan brek.
Konspirasi jijik yang memenjarakan Anwar 11 tahun, sampai konspirasi terbaru ini, pola dia tidak pernah berubah.
Otak sama, dalang sama, dendam pun sama. Mahathir! Yang berubah cuma skrip dan pelakon murahan.
Jerat murahan

Buat pemimpin parti dan wakil rakyat Kerajaan Perpaduan, kalau perangkap bodoh macam ini pun boleh termakan, jangan mengaku pandai bersuara soal integriti.
Bangkitlah! Ini bukan pendedahan. Ini bukan bukti. Ini jerat murahan yang memang direka untuk memecah-belahkan kita.
Kita bukan baru semalam kenal taktik mereka, kita kawan Mahathir sejak 1998 lagi!
Dan ingat lain kali, kekuatan Anwar ialah melawan RASUAH; sebab itu orang terdekat beliau akan jadi sasaran pertama.
Mereka tahu tidak boleh jatuhkan Anwar, jadi mereka cuba libatkan orang keliling. Itulah yang berlaku pada Shamsul, dipancing, dipasang, dan cuba dijadikan modal politik.
Fitnah. Rekaan. Perangkap. Tapi walau apa pun skrip yang mereka cuba reka, kita lawan tetap lawan.
Biar mereka bermain lumpur, kita takkan tunduk dengan permainan pengecut.
Jalan terus PMX Anwar Ibrahim! Reform habis!
Nota: Mohon PMX buat pembersihan total di Pejabat PM sendiri dan semua Kementerian, termasuk Menteri.
Ganti mereka yang lebih perform, ada integriti dan boleh deliver idea Malaysia Madani, Reformasi dan Anti RASUAH.
Siasat semua Ketua Polis Negara yang jadi tali barut kartel. Anda ada baki dua tahun lagi, jika Azam Baki tidak perform, sila tukar!
BACA JUGA Ini 2 sebab Ketua Bahagian Warisan sertai PKR