SPRM: Kenyataan Sofia telah direkodkan, giliran Shamsul Iskandar hari ini

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah merekodkan kenyataan Sofia Rini Buyong, wanita di dalam video tular bersama ahli perniagaan Albert Tei.

Video tersebut mendakwa bahawa bekas setiausaha politik kanan perdana, Datuk Seri Shamsul Iskandar terlibat meminta rasuah.

Menurut sumber Sofia tiba di ibu pejabat SPRM Putrajaya semalam pada waktu tengah hari.

“SPRM turut menghubungi mantan setiausaha politik kanan perdana yang menyatakan beliau tidak dapat memberi kenyataan kerana berada di Sabah,” kata sumber, petik laporan media.

Beliau dijangka memberi keterangan tengah hari ini.

“Albert Tei pula akan merekodkan kenyataan pada hari Isnin,” tambah sumber.

Buat masa ini hanya tiga orang telah dipanggil untuk memberikan kenyataan.

SPRM akan menentukan sama ada keterangan lanjut diperlukan daripada saksi lain berdasarkan perkembangan dan keperluan kes.

Kelmarin Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan bahawa SPRM akan menyiasat dakwaan rasuah yang melibatkan Tei dan Shamsul.

BACA JUGA: SPRM minta wanita dikait klip video Albert Tei datang beri keterangan