Demi kepentingan Sabah, GRS bekerjasama dengan PH
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menegaskan bahawa kerjasamanya dengan Pakatan Harapan (GRS) adalah demi kepentingan negeri Sabah.
Hubungan GRS dengan PH ialah satu bentuk kerjasama yang memastikan pembangunan Sabah lancer dan inisiatif untuk rakyat dilaksanakan secara berkesan,” kata ketua penerangan GRS Datuk Joniston Bangkuai semalam, lapor The Borneo Post.
“Konsep menang-menang ini akan membawa hasil kepada Sabah menerusi saluran pentadbiran yang stabil dan kerajaan persekutuan pula akan mendapat rakan negeri yang boleh melaksanakan dasar,” katanya semasa sesi perjumpaan siswa di Kiulu.
Beliau berkata demikian sebagai jawapan kepada tohmahan bahawa GRS dikawal oleh PH.
Joniston menegaskan hubungan kerjasama ini perlu dikekalkan di peringkat negeri untuk memastikan Sabah dipimpin dengan autonomi pakatan parti tempatan.
Beliau akan mempertahankan kerusi Kiulu di dalam pertandingan lapan penjuru esok.
Pilihan raya negeri Sabah berlangsung esok.
BACA JUGA: Tunaikan janji di negeri PN sendiri sebelum tabur janji baharu di Sabah