Ramalan PRN Sabah: BN dan GRS beradu tenaga, dijangka seri 18 kerusi
Seorang penganalisis menjangkakan Barisan Nasional(BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) masing-masing dijangka memenangi 18 kerusi DUN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ismail Rakibe analisisnya turut mendapati Warisan memenangi 16 kerusi diikuti Pakatan Harapan (14), Perikatan Nasional (3) serta parti kecil dan calon bebas (4).
Menurutnya, kedudukan tersebut mengesahkan bahawa DUN tergantung hampir pasti berlaku sekaligus memaksa parti-parti utama merekayasa gabungan untuk membentuk kerajaan.
Ismail berkata, kerajaan Sabah hampir pasti terbentuk melalui rundingan antara blok utama BN, GRS, Warisan dan PH serta peranan parti kecil sebagai penentu.
Jelasnya, BN dan GRS dilihat seimbang dan lebih ke depan berbanding parti utama lain berdasarkan unjuran kerusi, dan dengan faktor isu-isu semasa yang medominasi perjalanan kempen.
Beliau berkata, pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran automatik menyaksikan kemasukan lebih 660,000 pengundi baharu, menjadikan belia sekitar 30 peratus daripada keseluruhan pengundi.
“Golongan ini tidak lagi terikat kepada kesetiaan politik tradisional, sebaliknya menilai calon berdasarkan integriti, kebolehcapaian dan penyelesaian isu asas seperti bekalan air, elektrik serta peluang ekonomi,” katanya, dipetik Awani.
Bagi naratif digital di platform seperti TikTok dan Instagram Reels, Ismail berkata, analisis media sosial menunjukkan BN lebih agresif dengan strategi calon muda iaitu hampir 80 peratus muka baharu.
BACA JUGA Jika mereka lihat apa yang saya lihat