Warisan nafi beli ADUN

Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan dakwaan tindakan beliau cuba ‘membeli’ beberapa orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri.

“Saya menafikan dakwaan Warisan sedang berusaha membeli atau memujuk ADUN.

“Komitmen kami sentiasa berteraskan integriti dan kepemimpinan perlu diperoleh melalui kepercayaan rakyat.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengundi yang menyokong Warisan. Kepercayaan anda amat kami hargai dan amanah itu kami pikul dengan penuh rendah hati dan penghormatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini.

“Kami akan terus melaksanakan peranan diamanahkan dengan penuh maruah, konsisten dan dengan iltizam tidak berbelah bahagi untuk berkhidmat kepada Sabah,” katanya.

Ada media yang mendakwa bahawa Shafie telah berbincang dengan BN dan beberapa parti lain untuk membentuk gabungan politik baharu untuk membentuk pentadbiran Sabah yang baharu.

Menurut sumber, usaha ini melibatkan tawaran RM10 juta dengan dana daripada pemilik hotel Avangio dan taikun konsesi air Datuk Seri Victor S Paul.

Victor dikatakan sanggup berbuat demikian kerana konsesi air beliau berisiko untuk dibatalkan oleh GRS.

BACA JUGA: Star sertai blok pembangkang Sabah