FGV bukan milik taikun, siapa rugi jika ladang disita kerajaan negeri ?
Oleh Greater Terengganu Development
Isu kerajaan negeri nak sita ladang FGV. Apa fakta yang tidak diketahui?
Sebanyak 92 peratus saham FGV kini dimiliki oleh Felda. Sebahagian saham lagi dimiliki Koperasi Peneroka.
FGV bukan milik korporat, taikun atau parti politik tertentu sepertimana yang dituduh.
Hasil keuntungan ladang digunakan Felda bagi membantu peneroka. Bina rumah, pendidikan, pekerjaan, duit raya, bantuan tanaman semula dan pelbagai lagi.
Lebih 100,000 peneroka dan keluarga menerima manfaat hasil keuntungan ladang. Hampir semuanya adalah Melayu.
Apabila Felda meneroka lebih 14,000 hektar tanah di Terengganu bermula 1985, tanah-tanah itu asalnya hutan belantara.
Jika bukan kerana Felda usahakan, tanah itu masih hutan, terbiar dan tidak digunakan.
Kerajaan Terengganu tiada kewangan bagi membangunkan tanah seluas itu dalam masa yang singkat.
Pembangunan tanah tersebut telah memberikan kehidupan yang lebih baik kepada puluhan ribu rakyat Terengganu.
Apabila ladang-ladang ini diuruskan FGV pada 2011, Felda telah membayar sekitar RM40 juta kepada kerajaan Terengganu.
Rakyat miskin
Kerajaan Terengganu di bawah Dato Ahmad Said telah menuntut 30% perkongsian keuntungan yang akan diberi untuk rakyat miskin.
Kadar ini walaupun agak tinggi tetapi munasabah kerana ketika itu sebahagian saham FGV dimiliki oleh syarikat-syarikat besar.
Oleh itu, keuntungan yang nak diberi kepada rakyat miskin itu adalah keuntungan yang diambil daripada pemegang korporat / pelabur.
Apabila dinyahsenarai pada Ogos 2025, FGV kini dimiliki hampir sepenuhnya oleh Felda.
Oleh itu, tuntutan perkongsian keuntungan oleh kerajaan negeri secara langsung hari ini akan mengurangkan pendapatan Felda dan peruntukan kepada peneroka.
Justeru, tindakan kerajaan lama dan kerajaan hari ini adalah berbeza impaknya.
Seterusnya, tindakan menyimpan bayaran daripada Felda selama 14 tahun di bawah pentadbiran 3 Menteri Besar.
Selepas diketahui umum, barulah dipersetujui hari ini agar wang itu dipulangkan semula.
Tindakan menerima dan menyimpan bayaran tersebut selama 14 tahun dibimbangi boleh dianggap sebagai tacit consent (kebenaran melalui perbuatan / tersirat) oleh mahkamah.
Admin dapat lihat melalui tindakan dan kenyataan Felda dan FGV seolah-olah mereka SANGAT NEKAD menyambut ‘cabaran’ kerajaan negeri dengan selesaikan melalui mahkamah – bukan lagi rundingan.
Tindakan FGV yang telah mula mengosongkan ladang-ladang mereka di Terengganu boleh menyebabkan ladang terbiar, kehilangan hasil dan menjejaskan bantuan kepada peneroka.
Oleh itu, usaha perbincangan antara TPM Datuk Seri Zahid bersama YAB MB Dr Samsuri adalah dialu-alukan bagi mengelakkan ia berlaku.
Admin menyokong usaha kerajaan negeri menambah pendapatan mengikut lunas undang-undang dengan menghormati hak dan sumbangan semua pihak.
Semoga dipermudahkan urusan dengan segera demi rakyat jelata.
BACA JUGA Selepas kalah teruk PRN, Bersatu Sabah mahu Presiden berundur