Tumpat, Pasir Puteh dijangka banjir bermula Sabtu hingga Ahad ini
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran mengeluarkan amaran banjir di dua jajahan di Kelantan iaitu Tumpat dan Pasir Puteh bermula Sabtu hingga Ahad ini.
Jabatan itu meramalkan, banjir kemungkinan berlaku berdasarkan status paras air sungai yang dijangka meningkat dan melebihi paras bahaya
Antara kawasan berisiko di jajahan Tumpat ialah di Lembangan Sungai Golok (Sungai Golok) dan Lembangan Sungai Kelantan (Sungai Kelantan).
Pasir Puteh pula melibatkan Lembangan Sungai Semerak, maklum PRABN dalam kenyataan petang ini.
PRABN menasihatkan semua penduduk di kawasan terbabit agar berwaspada, mengikuti arahan agensi pengurusan bencana dan mendapatkan maklumat lanjut melalui laman sesawang PublicInfoBanjir serta Facebook @PublicInfoBanjir.