Amaran hujan lebat sehingga malam ini kecuali di tiga negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang meliputi hampir semua negeri kecuali Melaka, Kelantan dan Terengganu.

METMalaysia dalam kenyataan berkata, amaran sehingga jam 9 malam ini dijangka berlaku di seluruh Perlis, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Johor.

Di Kedah, amaran sama melibatkan Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Cuaca buruk juga dijangka melanda Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) dan Pahang (Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Rompin).

Sementara itu, hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di Negeri Sembilan meliputi Seremban dan Port Dickson.

Jangkaan sama juga berlaku di Sarawak iaitu Sarikei (Julau), Sibu, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Marudi) dan Limbang.

Di Sabah pula, ramalan cuaca yang sama melibatkan Pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau serta Sandakan (Tongod, Telupid dan Kinabatangan).

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam, sama ada hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi tempoh satu jam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

BACA JUGA Tumpat, Pasir Puteh dijangka banjir bermula Sabtu hingga Ahad ini