Bung Moktar meninggal dunia

Ahli parlimen Kinabatangan merangkap ADUN Lamag Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66 tahun, telah meninggal dunia pada jam 1.46 pagi hari ini.

Perkara ini telah disahkan oleh anak beliau Naim Kurniawan Moktar menerusi laman Facebook.

“Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kami Moktar bin Radin telah menghembuskan nafas terakhir pada 05 Disember jam 1.46 pagi. Mohon semua mendoakan agar beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan Bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah.”

Allahyarham baharu sahaja memenangi kerusi DUN Lamag dalam pilihan raya negeri Sabah ke-17.

Beliau juga pengerusi BN Sabah dan pernah menjadi timbalan ketua Menteri Sabah I sejak 2020 hingga awal 2023.

Beliau meninggal dunia di Hospital Gleneagles Kota Kinabalu.

Punca kematian adalah dipercayai melibatkan komplikasi jantung, paru-paru dan buah pinggang.

BACA JUGA: Bung Moktar masuk hospital