RUU Anti Buli 2025 sampaikan mesej sebenar kerajaan, budaya buli perlu dihentikan
OLEH NAZRI HAMDAN
Rang undang-undang Anti Buli 2025 akhirnya lulus, dan kerajaan bagi signal awal bahawa undang-undang ni nanti akan diperluas untuk meliputi golongan dewasa pula, terutama pelajar universiti.
Buat masa sekarang fokus utama ialah lindungi remaja bawah 18 tahun dulu, dan kerajaan nak tengok keberkesanan fasa pertama sebelum buka skop lebih besar pada 2026.
Ini penting sebab budaya buli ni bukan setakat dekat sekolah, kat universiti dan tempat kerja pun masih berlaku.
Menariknya, undang-undang ni menetapkan pampasan maksimum RM250,000 terhadap pelaku jika mangsa dibuktikan mengalami kerugian atau kecederaan.
Tapi jumlah sebenar boleh jadi kecil saja, RM10, RM5 atau 50 sen pun kalau kes ringan. Ini bukan pasal nilai, tapi pasal peringatan: kalau anak buat hal, ibu bapa pun tak boleh lepas tangan.
Malah mereka wajib hadir sesi kaunseling kalau diarahkan tribunal, tak boleh lagi salahkan sekolah semata-mata.
Secara keseluruhan, RUU ni memang bersifat pencegahan. Ia tubuh tribunal khas untuk dengar kes sivil, tapi kalau kes melibatkan jenayah, tetap boleh dilapor kepada polis.
Dengan undang-undang baru ni, mesej kerajaan jelas: budaya buli perlu dihentikan di semua peringkat, dari sekolah sampai universiti dan seterusnya.
Ini langkah besar untuk wujudkan persekitaran pembelajaran dan kerja yang lebih selamat untuk semua.
BACA JUGA Parlimen ‘wrapped up’! MP Pas ini direkod paling kerap guna bahasa kasar