Shamsul Iskandar, Albert Tei didakwa sekali lagi, satu lagi tuduhan rasuah melibatkan RM64,924
Bekas setiausaha politik kanan perdana menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Akin dan ahli perniagaan, Albert Tei, telah didakwa sekali di Mahkamah Sesyen berhubung kes rasuah melibatkan RM64,924. Kali ini pendakwaan dibuat di Shah Alam.
Kedua-dua Shamsul Iskandar dan Tei mengaku tidak bersalah setelah dibacakan pertuduhan secara berasingan di hadapan Hakim Nasir Nordin.
Shamsul didakwa menerima rasuah tersebut sebagai dorongan membantu syarikat berkait Tei yang mempunyai kepentingan untuk mendapatkan kelulusan lesen penerokaan dan perlombongan mineral di Sabah.
Tei pula didakwa memberi rasuah tersebut menerusi akaun bank seorang individu Rahmalida Buyong untuk pembayaran penyewaan rumah di Kuala Lumpur/
Pemberian rasuah didakwa dibuat di antara 28 Nov 2023 dan 23 Sept 2024.
Shamsul dituduh mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, manakala Tei didakwa bawah Seksyen 17(b) akta sama.
Jika disabitkan kesalahan mereka berdua berdepan hukuman penjara maksima dan denda tidak kurang liama kali ganda suapan.
Timbalan Pendakwa Raya Farah Ezlin Yusop Khantelah memohon mahkamah mengguna terma dan syarat sama terhadap empat pertuduhan lain yang dihadapi oleh kedua-dua tertuduh di Kuala Lumpur semalam.
Nasir membenarkan permohonan tersebut dan kes telah dipindahkan untuk dibicarakan bersekali di Kuala Lumpur.
Semalam Shamsul diikat jamin dengan RM150,000 dan dua penjamin manakala Tei diikat jamin dengan RM70,000.
BACA LAGI: Empat pertuduhan rasuah Shamsul Iskandar melibatkan wang RM176,829