Abang Grab buat apa bila banjir landa KL

Tindakan dua orang penghantar makanan Grab dipuji selepas membantu membersihkan longkang tersumbat yang mengakibatkan limpahan air naik sehingga ke jalan raya.

Dalam perkongsian tular di media sosial, beberapa kenderaan terpaksa merempuh air kian naik yang hampir menutupi keseluruhan tayar kereta, menyukarkan pergerakan kenderaan.

Bertindak dengan keadaan itu, dua orang penghantar makanan dilihat mengambil inisiatif mengorek longkang berdekatan untuk melancarkan laluan air.

Difahamkan kejadian itu berlaku di ibu negara.

Inisiatif kedua-dua rider itu ternyata berjaya mengurangkan takungan air di jalan raya sekaligus menuai pujian.

“Terima kasih abang-abang rider yang membantu memudahkan pengguna jalan raya melalui kawasan banjir,” tulis pengguna Facebook.

BACA JUGA Jawapan balas untuk Mahathir isu ART