Terima kasih Malaysia bantu kami mangsa banjir di Acheh

Penduduk di Acheh mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia kerana mendengar rayuan mereka untuk bantuan mangsa banjir di negara itu.

Dalam satu video di TikTok Nek_Amad, lelaki itu berkata, dalam keadaan beberapa negeri di Malaysia sendiri mengalami banjir, namun Malaysia masih mampu membantu rakyat Acheh yang terperangkap banjir.

Dia mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas bantuan serta keprihatinan ditunjukkan rakyat negara ini.

“Malaysia mengirim bantuan untuk rakyat Acheh. Saya sebagai warga Acheh mengucapkan beribu-ribu terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia 

“Saya lihat di Malaysia pun beberapa negeri dilanda banjir, tetapi Malaysia tetap menyalurkan bantuan untuk rakyat Acheh. Terima kasih Malaysia,” katanya.

Sebelum ini persatuan penduduk di Acheh merayu agar Malaysia khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil membantu.

Dalam hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, penduduk Gayo, Aceh memohon bantuan daripada Anwar kerana mereka dikatakan tidak menerima sebarang bantuan daripada pemerintah selepas banjir besar melanda wilayah itu.

BACA JUGA Abang Grab buat apa bila banjir landa KL