Rasuah projek lembu: Sah MP Padang Serai akan didakwa di mahkamah Isnin nanti

Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin akan didakwa Isnin ini atas pertuduhan menerima rasuah berhubung projek usahasama ternakan lembu kerajaan negeri Kedah.

Menurut laporan media tempatan, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki telah pun mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa Azman akan didakwa bersaman seorang lagi individu.

Terdahulu kecoh apabila seorang Ahli Parlimen di Kedah didakwa terbabit dengan dakwaan menerima rasuah sebanyak RM400,000 bagi projek ternakan lembu.

SPRM telah pun membuka kertas siasatan susulan aduan diterima pada 10 Februari lalu dengan 15 orang saksi dirakam percakapan.