100 anak-anak nelayan terima baucar RM13,600 sumbangan LKIM
Seramai 100 anak-anak nelayan telah menerima bantuan baucar pakaian, kasut dan peralatan lain bernilai RM13,600 di Jasin pagi ini.
Program in telah dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dengan kerjasama Petronas Dagang Bhd dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) menerusi Yayasan Nelayan Malaysia (YANEM) untuk membantu mengurangkan kos untuk nelayan dan menggembirakan anak-anak nelayan yang akan menempuh tahun baru persekolahan tahun hadapan.
Petronas telah menaja RM8600 manakala YANEM RM5,000.
Pengerusi LKIM Faiz Fadzil sendiri telah menyampaikan baucar kepada anak-anak nelayan.
“Kesemua bantuan yang diterima oleh anak-anak nelayan ini menunjukkan bahawa LKIM sentiasa memastikan nasib dan masa depan nelayan dan anak-anak nelayan kita terbela.
lnisatif ini amat penting bagi memartabatkan taraf hidup keluarga nelayan dan membuka potensi masa depan yang lebih cerah bagi anak-anak mereka,” kata beliau.