Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan 2026 DUN Kota Anggerik Ringankan Beban 500 Pelajar

FOTO BERITA: Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan Sesi 2026 oleh YB Tuan Mohd Najwan Halimi ADUN Kota Anggerik merangkap EXCO Pembangunan Belia & Sukan, Pemerkasaan Usahawan & Ekonomi Kreatif dan Pengurusan Bencana di Petals Event Space, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. 7hb Disember 2025 (Ahad)

Majlis Penyerahan Bantuan Kembali Ke Sekolah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik berlangsung meriah di sini hari ini, dengan kehadiran EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik.

Dalam program berkenaan, seramai 500 pelajar menerima bantuan persekolahan berbentuk wang tunai, alat tulis dan beg sekolah. Sumbangan tersebut disalurkan melalui Yayasan KOSMA serta Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Program berkenaan bertujuan membantu keluarga membuat persiapan awal bagi sesi persekolahan baharu, sekali gus mengurangkan beban perbelanjaan terutama bagi mereka yang mempunyai anak bersekolah di peringkat rendah dan menengah. Bantuan yang diberikan merangkumi barangan keperluan sekolah seperti alat tulis, beg, dan bentuk sokongan lain.

Menurut YB Mohd Najwan, inisiatif ini merupakan komitmen berterusan dalam memastikan kebajikan pelajar di DUN Kota Anggerik terus diberi perhatian, selain memupuk semangat motivasi kepada mereka untuk memulakan sesi persekolahan 2026 dengan lebih yakin dan berdaya saing.

Program seumpama ini diharap dapat diteruskan secara berkala bagi memastikan kebajikan pelajar di kawasan Kota Anggerik terus terpelihara dan diberi perhatian.





