Selepas meninggalnya Bung Moktar, ini Zizie lakukan di IG
Selepas Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia, bekas balu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu memadam semua gambarnya yang dimuatnaik di Instagram (IG) miliknya.
Datin Seri Zizie Ezette, 47, hanya memuatnaik video majlis tahlil malam ketiga arwah suaminya dengan kapsyen ringkas ditulis.
“Tahlil malam ketiga,” tulisnya di InstaStory berserta emoji hati berwarna putih.
Zizie dan Allahyarham Bung Moktar mendirikan rumah tangga pada 2009. Mereka dikurniakan empat cahaya mata.
Pada Jumaat lalu, Allahyarham Bung Moktar, 66, meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang dan jangkitan kuman pada paru-paru di sebuah hospital di Kota Kinabalu, Sabah.
Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, jam 2.10 petang, hari yang sama.
BACA JUGA PM Anwar percepat transformasi digital, sasar penyampaian lebih cekap