Tarikh PRK Kinabatangan, Lamag akan diumumkan pada 16 Disember

Tarikh pilihan raya kecil kerusi parlimen P187 Kinabatangan dan DUN N58 Lamag akan ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya pada 16 Disember.

Perkara ini diumumkan oleh Datuk Khairul Shahril Idrus dalam satu kenyataan media.

Beliau turut memaklumkan bahawa SPR telah pun menerima pemakluman kekosongan kerusi Kinabatangan semalam dan Lamag, hari ini.

Kedua-dua kerusi ini telah diisytiharkan kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Panglima Bung Mokhtar Radin pada 5 Disember.

Bung memenangi mengekalkan kerusi Kinabatangan dengan majoriti 4,330 undi pada tahun 2022 dan Lamag pada 29 Nov dengan 153 undi.

BACA JUGA: Bung Moktar meninggal dunia