Gencatan senjata Thai – Kemboja kerana usaha PMX

Negara Thai dan Kemboja telah bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata susulan usaha Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Gencatan tersebut akan bermula pada pukul 10 malam ini.

Anwar telah membuat panggilan kepada rakan sejawatnya Anutin Charnvirakul dan Hun Manet.

Persetujuan ini dicapai hasil daripada penglibatan aktif Pasukan Pemerhati Asean yang diketuai oleh Malaysia.

Ketua Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Mohd Nizam berkata dalam tempoh ini kejadian tembak menembak akan berterusan sehingga kedua pihak kembali aman.

“Tujuan Utama ialah untuk memastikan gencatan senjata tercapai dan pertembungan dikurangkan,” kata beliau merujuk kepada sempadan Thai – Kemboja sejauh 800km.

Sebelum ini kedua-dua negara bertempur menyebabkan 41 mati.