Sanusi kata berlaku sebelum jadi MB, Supol kata masa tu dia sibuk dengar taklimat
Setelah bosnya tersepit dengan kenyataan palsu, Setiausaha Politik MB Kedah tampil mempertahankan bos beliau kononnya Datuk Seri Sanusi Md Nor Ketika itu “sibuk dengan taklimat dari jabatan, agensi dan GLC.”
Zulkifli Yahaya (gambar bawah) dalam tulisannya di facebook hari ini berkata, “Dalam tempoh sebulan dua lepas pegang jawatan, MB sibuk dengan taklimat dari jabatan, agensi dan GLC. Maklumlah baru pegang jawatan.

“Tiada satu pun taklimat bertajuk “senarai rasuah terkini yang berlaku.” Kalau ada, munasabahlah MB tahu.
“Jadi, tak payahlah berhempas pulas kumpulan Ceplos nak kaitkan Sanusi dengan isu tohmahan rasuah tersebut,” kata Zulkifli bekas wartawan Harakah itu.
Semalam Sanusi dalam sidang medianya berkata, peristiwa ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin berlaku semasa kerajaan sebelum beliau menjadi MB Kedah lagi, bukan semasa beliau.
Namun, ia disanggah oleh pelbagai pihak termasuk bekas kakitangan Kedah Agro yang berkata, peristiwa itu berlaku sebulan selepas Sanusi mengangkat umpah sebagai MB Kedah.
“Hang jadi MB Mei 2020, kejadian Jun 2020, Aggrement pun sign July 2020 kan?” kata Zuraini Ab Ghani menerusi facebook beliau.
Menurut Zulkifli Yahaya, musuh Sanusi cuba mencipta naratif jahat dengan mengaitkan Sanusi dalam peristiwa itu.
“Naratif jahat mereka dilebarkan untuk mengaitkan Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Sanusi dalam isu tersebut.
“Projek dikatakan bermula pada 20 Jun 2020 dan Sanusi angkat sumpah MB pada 17 Mei 2020. Itulah bukti Sanusi terbabit, hujah Ceplos,” kata Zulkifli.
Realitinya, kata beliau, setiap projek besar prosesnya tidak berlaku dalam masa sebulan, sekalipun guna khidmat Ultraman Taro sebagai pengurus.
“Projek fidlot tersebut tentu melalui proses yang lama sebelum mula, pasti sejak zaman kerajaan PH lagi,” kata Zulkifli yang mengaitkan kerajan PH sebelum itu dalam kenyataannya.
Namun, isunya berbeza dengan apa yang dinyatakan oleh Supol Sanusi itu.
Isunya menjadi panas apabila Sanusi menafikan peristiwa hitam itu berlaku semasa beliau menjadi MB tetapi berlaku semasa kerajaan sebelum beliau.
Namun, dalam kertas pertuduhan di mahkamah, SPRM menjelaskan Azman menjadi rakan subahat kepada seorang lagi tertuduh apabila menerima wang sebanyak RM400,000 di Bandar Baru Bangi, Selangor pada 23 Jun 2020 sedangkan beliau mengangkat sumpah sebagai MB Kedah pada 17 Mei 2020.
BACA JUGA SPIN! Sanusi sudah MB Kedah waktu itu, ini cubaan untuk cuci tangan