Ringgit lonjak paling tinggi, kini cecah RM4.10 berbanding USD

Ringgit kini mencatatkan rekod paling tinggi dalam tempoh empat tahun enam bulan apabila mengukuh ke paras 4.10 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Pada 6 petang semalam, ringgit dilapor meningkat kepada 4.1040/1105 berbanding dolar AS daripada 4.1155/1195 ketika ditutup. 

Lapor Bernama, prestasi itu mengatasi rekod sebelumnya pada 11 Jun 2021 apabila mata wang tempatan ditutup pada 4.1070 berbanding dolar AS.

Ringgit juga diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang ASEAN. 

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.1711/1763 daripada 3.1748/1781, dan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 246.1/246.6 daripada 246.5/246.9. 

Ringgit turut meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9219/9505 daripada 12.9243/9422 dan kekal pada 6.95/6.97 berbanding peso Filipina.