Kerajaan Pusat, Selangor sepakat percepat pembangunan Terminal Pelabuhan Klang di Pulau Carey
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor bersetuju untuk mempercepatkan sesegera mungkin pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey.
Ia adalah satu projek strategik yang penting untuk memperkukuh keupayaan ekonomi dan kedudukan negara dalam sektor pelabuhan dan logistik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kata sepakat itu dicapai dalam mesyuarat mengenai pembangunan terminal berkenaan yang nantinya dapat dimanfaatkan oleh rakyat dan membuka peluang ekonomi baharu.
“Semua agensi berkaitan diarahkan untuk bergerak pantas dan memastikan projek ini menjadi model baharu pelaksanaan pembangunan negara yang lebih cekap, tersusun dan berintegriti.
“Dalam melaksanakan pembangunan ini, kepentingan Orang Asli, penduduk setempat, nelayan serta kelestarian ekosistem akan terus dipelihara.
“Pembangunan negara mesti berjalan seiring dengan keadilan sosial dan tanggungjawab terhadap alam, kerana di situlah terletaknya makna kemajuan yang sebenar dan berkekalan,” katanya di Facebook hari ini.
BACA JUGA Tragedi Pantai Batu Rakit: Jurukimpal meninggal dihempap ‘bucket’ jengkaut