Netizen berdebat susulan pusat beli belah benarkan haiwan peliharaan masuk dalam bangunan

Sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur yang baru dibuka tiga hari lalu mencetuskan perdebatan hangat berikutan peraturan yang membenarkan pengunjung membawa masuk haiwan peliharaan mereka ke dalam premis tersebut.

Pusat beli-belah itu dibina dengan polisi “mesra haiwan peliharaan” yang pertama di ibu negara.

Beberapa video kini tular memaparkan pengunjung hadir bersama haiwan peliharaan mereka.

@superkualalumpur

🇲🇾 The most anticipated Mall Opening in 2025!😍😍🤩 📍Sunway Square Mall #sunwaysquaremall #grandopening #shoppingmall #malaysia #sunway

♬ Upbeat Positive Summer Pop – Audioflame

Peraturan itu menetapkan pemilik mestilah meletakkan haiwan di dalam stroller sahaja dan perlu menggunakan lif khas untuk haiwan.

Sesetengah restoran di dalam pusat beli-belah berkenaan juga menggunakan polisi “mesra haiwan”, membenarkan pengunjung makan sambil membawa haiwan mereka ke dalam restoran.

Di media sosial, pengguna terbahagi kepada dua, ada yang menerima secara terbuka dan ada yang mengkritik keras perkara berkenaan.

Mereka menganggap, peraturan berkenaan seperti membawa maksud bahawa pihak pengurusan pusat beli-belah tidak peduli dengan sensitiviti pengunjung Muslim dan tidak memerlukan kehadiran kumpulan itu.

Ada juga yang berkata, banyak lagi pusat beli-belah di Malaysia yang boleh dikunjungi dan orang ramai tidak perlu datang berbelanja di mall berkenaan.

Di satu pihak pula, mereka beranggapan tiada ada yang salah kerana dalam ribuan pusat beli-belah di Malaysia, tidak ada salahnya untuk satu sahaja pusat belanja mengenakan peraturan mesra haiwan peliharaan.

Tidak terlepas, respon Firdaus Wong berhubung isu ini juga menjadi perhatian.

BACA JUGA PM rakam ucapan takziah, kutuk keras serangan ganas di Sydney