Adam Adli pangku jawatan pengerusi MPN Melaka

Biro Politik PKR telah menetapkan bahawa timbalan pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Melaka Adam Adli Abd Halim kini menjadi pemangku pengerusi MPN Melaka, umum setiausaha agung PKR Dr Fuziah Salleh.

Pelantikan ini berkuatkuasa mulai semalam.

“Jawatan Shamsul Iskandar sebagai Ketua Cabang Hang Tuah Jaya kekal,” tambah Fuziah dalam kenyataan medianya.

Pengerusi MPN Melaka ialah Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang baru baru ini berdepan perbicaan kes rasuah.

Shamsul telah didakwa dengan empat tuduhan menerima rasuah bernilai RM176,830 daripada ahli perniagaan Albert Tei.

Beliau dituduh menerima dana tersebut memandangkan beliau merupakan setiausaha politik kanan kepada Perdana Menteri.

Ia bertujuan untuk membantu Tei memperoleh lesen melombong mineral di Sabah.

BACA JUGA: Ini sebabnya akaun Bersatu masih disita oleh SPRM