PRK Kinabatangan Lamag serentak 24 Januari

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan tarikh pilihanraya kecil (PRK) parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag akan diadakan serentak pada 24 Januari 2026.

Penamaan calon akan berlangsung pada 10 Januari dan pengundian awal pada 20 Januari, umum pengerusi SPR Ramlan Harun dalam sidang media sebentar tadi.

PRK diadakan susulan kematian penyandang Datuk Seri Paduka Bung Moktar Radin pada 5 Disember, kurang seminggu setelah mempertahankan kerusi Lamag dalam pilihan raya dewan undangan Sabah.

Allahyarham menang Lamag dengan majoriti 153 undi.

Allahyarham juga penyandang parlimen Kinabatangan selama enam penggal dan mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti 4330 undi.

BACA JUGA: Ini sebabnya akaun Bersatu masih disita oleh SPRM