Gempar anak muda di Kedah mengamuk sebelum tikam nenek, tetak moyang

Pemuda yang menikam nenek sehingga mati dan menetak moyangnya sehingga parah di Kampung Baru Bakai, Kuala Ketil semalam dipercayai mengamuk sebelum menyerang kedua-dua mangsa dengan senjata tajam.

Menurut Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Brandon Richard Joe, suspek berusia 21 tahun itu dibawa oleh orang awam ke balai polis berhampiran sejurus selepas kejadian.

Dia yang merupakan seorang orang kurang upaya (OKU) intelektual ditahan pada jam 7.50 malam tadi untuk membantu siasatan.

Superintendan Brandon Richard Joe

“Suspek adalah cucu kepada mangsa berusia 65 tahun yang meninggal dunia manakala mangsa yang cedera pula berusia 80 tahun adalah ibu kepada si mati,” jelasnya dalam kenyataan.

Tambah beliau, senjata tajam yang digunakan untuk menyerang si mati dan mangsa dalam kejadian itu sudah ditemui.

Brandon berkata, suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan mengaku menikam serta menetak nenek dan moyang di tempat kejadian.

“Lelaki terbabit akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Baling hari ini untuk permohonan reman,” katanya lagi dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.

BACA JUGA Presiden Pas tergamak gelar ‘syaitan besar’