Menteri Belia dan Sukan yang baharu imbas kad perakam waktu
Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Dr Mohammed Taufiq Johari hari ini mengimbas kad perakam waktu (clock-in) di pejabat beliau sebagai simbolik permulaan tugas rasmi.
Ahli Parlimen Sungai Petani berkenaan menggantikan Hannah Yeoh yang bertukar portfolio sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

Dr Mohammed Taufiq yang mengenakan persalinan lengkap baju Melayu menghadiri majlis sambutan selamat datang sebagai menteri di bangunan kementerian itu di Putrajaya pagi tadi.
Beliau sebelum ini dikenali sebagai antara wakil rakyat muda yang aktif dalam isu pembangunan belia dan kemasyarakatan.

Pelantikan anak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berusia 29 tahun itu sekali gus memberi dimensi baharu kepada kepimpinan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Dalam rombakan anggota pentadbiran Kerajaan MADANI juga, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim turut berpindah portfolio.
Adam Adli yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.
BACA JUGA 7 menteri, 8 timbalan menteri selesai angkat sumpah