Dividen ASB 5.75 sen seunit

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan jumlah pengagihan pendapatannya sebanyak 5.75 sen seunit untuk dana utamanya Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025.

Jumlah pembayaran keseluruhan mencecah RM10.4 bilion, iaitu jumlah pengagihan tahunan tertinggi yang dibayar sejak penubuhan ASB, dan akan memberi manfaat kepada 11.4 juta pemegang unit.

“Kami menyedari cabaran yang lebih besar iaitu kekurangan simpanan dan keperluan untuk memupuk tabiat menabung yang lebih kukuh dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Berikutan itu, kami merancang untuk mempergiatkan usaha literasi kewangan kami, berpandukan Matlamat kami untuk mengukuh kedudukan kewangan rakyat, merentas generasi,” Menurut PNB dalam kenyataan.

ASB mengekalkan kadar pengagihan dividen berbanding pada 2024 dan terus memberikan pulangan mampan yang mengatasi pasaran apabila meningkatkan jurang daya saing berbanding penanda arasnya, iaitu kadar Deposit Tetap 12 Bulan Maybank, yang mencatatkan kadar purata 2.29 peratus kepada 346 mata asas.

BACA JUGA Dahlah tahap optimis tertinggi, Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia juga naik