Selepas empat tahun ringgit kini catat pencapaian sama pada 2020

Ringgit terus mencatatkan pengukuhan apabila berada di paras 4.07 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Ia adalah paras yang paling kukuh dalam tempoh hampir enam tahun.

Kali terakhir paras itu dicatatkan adalah pada 15 Januari 2020 iaitu 4.0740 berbanding dolar AS, menurut Bernama.

Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.0740/0785 berbanding dolar AS daripada 4.0840/0880 ketika ditutup pada Khamis.

Ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit mengukuh sedikit berbanding euro kepada 4.7715/7767 daripada 4.7869/7915 ketika ditutup pada Khamis, meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5909/5940 daripada 2.6188/6217 tetapi susut berbanding pound Britain kepada 5.4514/4574 daripada 5.4513/4567.

Mata wang tempatan juga diniagakan lebih tinggi berbanding rakan-rakan ASEAN.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1515/1553 daripada 3.1620/1653, berkembang berbanding baht Thai kepada 12.9428/9620 daripada 12.9750/9935, naik berbanding peso Filipina kepada 6.94/6.95 daripada 6.97/6.98 dan sedikit meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 243.2/243.6 daripada 244.2/244.5.

BACA JUGA Siapa ahli politik Sabah dipenjara 8 bulan kerana mencabul?