Mengapa ada pengetua, guru besar di Kelantan “habis ketar lutut”?

Awas buat pengetua atau guru besar dan pentadbir di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Kelantan yang berpolitik secara melampau di sekolah.

Aktivis sosial, Syam Ghaz berkata, mereka terbabit pada masa ini dalam radar Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN Kelantan) yang diterajui Puan Hajah Siti Norina Muhamad.

“Pengetua atau Guru Besar di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang kuat sangat berpolitik di sekolah dalam radar JPN Kelantan sekarang.

“Berpolitik pah ceroh, kerja ala kadar, ponteng, dan kerja bodek tok wakil. Akademik dan kebajikan ke laut,” tegasnya.

Dalam masa sama, beliau mengucapkan tahniah atas pelantikan Norina sebagai Pengarah Jabatan JPN Kelantan berkuatkuasa 13 Oktober lalu.

Beliau menyifatkan kepimpinan wanita berkenaan telah menjadikan mana-mana pegawai dan pentadbir yang mempunyai masalah disiplin berada dalam fasa bimbang dengan tindakan tatatertib.

Menurutnya, pegawai dari peringkat JPN, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), pengetua, guru besar dan Penolong Kanan (PK) yang “kuat politik, kaki rasuah dan ponteng” sedar “habis ketar lutut”.

“Reform habis! Terima kasih YB Fadhlina Sidek lantik orang tepat!” tegas Syam lagi.

BACA JUGA Ini 4 syarat pemegang SPHM boleh guna imej, dekorasi perayaan bukan Islam