Mesyuarat Khas Menteri Luar Asean bincang isu Kemboja-Thailand hari ini
Mesyuarat khas Menteri-menteri luar dan pegawai dari Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) akan bermula hari ini bagi membincangkan situasi semasa Kemboja dan Thailand.
Mesyuarat Khas ini akan dipengerusikan oleh Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan.
Menurut laporan, Menteri-menteri luar yang dijangka hadir ialah Sugiono dari Indonesia, Thongsavanh Phomvihane (Laos), Dr Vivian Balakrishnan (Singapura), Bendito dos Santos Freitas (Timor-Leste) serta Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Theresa P Lazaro.
Brunei dijangka diwakili oleh Menteri Kedua Hal Ehwal Luar Negeri Dato Seri Setia Erywan Pehin Datu Pekerma Jaya Mohd Yusof, manakala Vietnam dijangka menghantar Timbalan Menteri Luar Dang Hoang Giang.
Pegawai Myanmar pula dijangka menyertai mesyuarat itu secara maya.
BACA JUGA Raih 231 pingat, Anwar hargai disiplin, pengorbanan kontinjen Malaysia