Ringgit okay ke hari ini?

Ringgit masih lagi berada pada paras yang baik, mengukuh berbanding mata wang ASEAN yang lain.

Pada 8 pagi tadi, ringgit mengukuh kepada 4.0730/0840 berbanding dolar AS daripada 4.0740/0785 semasa ditutup pada Jumaat lalu.

Perkembangan positif dalam kedudukan fiskal kerajaan Malaysia telah menyumbang dengan ketara kepada pengukuhan mata wang tempatan, lapor Bernama.

Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5839/5912 daripada 2.5909/5940, naik berbanding pound kepada 5.4489/4636 daripada 5.4514/4574 dan tinggi berbanding euro kepada 4.7691/7820 daripada 4.7715/7767 semasa ditutup pada Jumaat lalu.

Mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1505/1595 daripada 3.1515/1553, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 243.1/243.9 daripada 243.2/243.6, tinggi berbanding peso Filipina kepada 6.93/6.96 daripada 6.94/6.95, bagaimanapun rendah berbanding baht Thailand kepada 12.9643/13.0060 daripada 12.9428/9620.

BACA JUGA Namewee bebas pertuduhan ambil dadah