KPDN laksana SHMMP Krismas 2025, 14 Barangan Keperluan Dikawal Harga

FOTO BERITA: Walkabout & pemeriksaan dan tinjauan penguatkuasaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2025 bersama Encik Mohd Sabri Seman, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di My Hero Hypermarket Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. 23hb Disember 2025 (Selasa)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2025 bermula 23 hingga 27 Disember 2025, sempena sambutan Perayaan Krismas yang akan diraikan pada 25 Disember 2025. Menurut Pengarah KPDN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd Sabri Seman, pelaksanaan skim ini adalah selama lima (5) hari, meliputi dua (2) hari sebelum perayaan, satu (1) hari semasa perayaan dan dua (2) hari selepas perayaan, bertujuan memastikan kestabilan harga barangan keperluan serta melindungi kepentingan pengguna.

“Di bawah SHMMP Krismas 2025, sebanyak 14 jenis barangan telah dikenal pasti untuk dikawal harga bagi memastikan pengguna dapat menikmati barangan pada harga yang munasabah, di samping tidak membebankan peniaga,” katanya.

14 Jenis Barangan Harga Terkawal SHMMP Krismas 2025 termaksuk daging kambing biri-biri bertulang import, kepak ayam (Sabah, Sarawak & Labuan sahaja), ayam tua hidup (Sarawak sahaja) kubis bulat import (Indonesia dan China – tidak termasuk kubis Beijing), lobak merah (China), temato; cili merah, lada benggala hijau, bawang merah besar, bawang kuning besar, ubi kentang import (China), babi hidup (ladang sahaja – Sabah, Sarawak & Labuan), daging babi (perut – Sabah, Sarawak & Labuan); dan aging babi (daging dan lemak – Sabah, Sarawak & Labuan).

Beliau menjelaskan bahawa penetapan tempoh pelaksanaan, senarai barangan dan paras harga maksimum adalah berdasarkan beberapa faktor utama termasuk ketersediaan bekalan, kos semasa, keadaan cuaca, kadar upah, serta mengambil kira pandangan rakan strategik KPDN seperti Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), agensi kerajaan dan pemain industri.

Pelaksanaan SHMMP Krismas 2025 dibuat di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723]. Orang ramai boleh menyemak maklumat terperinci berkaitan senarai barangan, paras harga maksimum dan tempoh pelaksanaan di peringkat pemborong serta peruncit melalui laman sesawang rasmi KPDN di www.kpdn.gov.my.

Bagi memastikan pematuhan, pegawai penguat kuasa KPDN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan ditempatkan di lokasi strategik seperti pasar awam dan pusat beli-belah bagi menjalankan pemeriksaan berterusan. “Peniaga diwajibkan mematuhi harga maksimum yang ditetapkan serta menggunakan label harga berwarna merah jambu bagi barangan terkawal. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi peruntukan undang-undang,” tegas beliau.

Antara tindakan yang boleh dikenakan di bawah Akta 723 adalah, menjual melebihi harga maksimum bagi individu, denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya, atau kompaun sehingga RM50,000. Bagi syarikat pula denda sehingga RM500,000 atau kompaun sehingga RM250,000. Jika gagal meletakkan tanda harga merah jambu bagi individu, denda sehingga RM10,000 atau kompaun sehingga RM5,000. Untuk
Syarikat, denda sehingga RM20,000 atau kompaun sehingga RM10,000.. Tiada tanda harga bagii Individu denda sehingga RM50,000 atau kompaun sehingga RM25,000. Syarika pula denda sehingga RM100,000 atau kompaun sehingga RM50,000

Selain pelaksanaan SHMMP, KPDN WPKL turut giat melaksanakan Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) di 11 Parlimen sekitar Kuala Lumpur. Sehingga kini, sebanyak 1,486 program telah berjaya dilaksanakan merangkumi. Pengguna berpeluang menikmati penjimatan harga barangan keperluan harian antara 10% hingga 30% lebih rendah daripada harga pasaran.
Selain itu, PJRM bertemakan “Kembali ke Sekolah” turut dilaksanakan dari 22 hingga 24 Disember 2025 di Pasar Raya Hari-Hari Cawangan Bandar Sri Permaisuri, menawarkan barangan persekolahan dengan diskaun antara 10% hingga 30%.