Harga durian kita jatuh merudum, salah siapa…
Harga raja buah yang sebelum ini boleh mencecah puluhan ringgit sekilogram kini menunjukkan trend penurunan mencetuskan perbincangan dalam kalangan pembeli.
Seorang individu Safuan Borhan membangkitkan isu kritikal mengenai trend ini, melihat bagaimana durian berkualiti seperti Musang King semakin tiada harga selepas negara jiran juga boleh menanam raja buah ini di negara mereka.
Jika dahulu orang luar sanggup bayar mahal untuk mendapatkan Musang King, tetapi kini permainan sudah pun berubah selepas baka durian di tempat ini sudah pun dibawa keluar dan ditanam di negara mereka.
Kami kongsikan ulasan penuh individu tersebut yang dimuat naik di Facebook.
Dulu durian ni macam barang mewah. Nak beli Musang King, paling kurang RM60 sekilo.
Black Thorn pula boleh pergi RM120 sekilo. Benda ni baru 2–3 tahun lepas weh aku beli kat Bangi.Â
Sekarang kau tengok. Musang King gred elok, bawah RM30 sekilo pun boleh jumpa.
Black Thorn pun dah macam beza sikit sikit je dengan Musang King. Ini tentang cerita supply dulu, baru demand.
Antara sebab paling besar, ladang durian buka macam takda kawalan. Mega dusun naik merata. Beribu hektar sekali tanam.
Pokok baru masuk fasa berbuah serentak. Bila buah keluar sekaligus, harga memang jatuh.
Macam pasar malam, bila semua meniaga benda sama, siapa lambat sikit dia yang kena potong harga. Dulu, banyak yang kita boleh export.
Orang luar sanggup bayar mahal sebab nak rasa durian yang dia tak boleh dapat kat tempat dia. Tapi sekarang game dah berubah.
Negara jiran ambil baka kita, bawa balik, tanam kat tempat mereka.
Thailand tanam Musang King. Indonesia tanam Musang King. China pun tanam Musang King.
Siapa yang khianat? Ni baka kita, sepatutnya dijaga rapi jangan sampai dibawa keluar. Dulu orang nak rasa durian special ni, kena datang Malaysia.
Kena travel. Kena cari musim. Kena tunggu masa paling sesuai. Sekarang?
Dia duduk rumah dia pun boleh tunggu pokok berbuah. Aku pernah nampak sendiri masa travel ke China dulu, durian Malaysia yang sampai sana harga dia boleh jadi gila mahal.
Beratus sekilo sebab dia jadi benda rare, jadi benda status. Tapi bila semua orang dah ada pokok Musang King, rare tu hilang.
Bila rare hilang, harga pun jadi biasa. Yang tinggal cuma satu soalan. Apa lagi yang buat durian kita betul betul istimewa?
Sebab lepas ni, bukan siapa ada nama Musang King je yang menang.
Yang menang ialah siapa boleh jaga kualiti, konsisten, dan pandai buat orang rasa, yang ni lain macam walaupun varieti sama.
Sekarang musim lambakan aku yakin ramai pekebun sakit, sebab nak menjaga pokok ni bukan murah kosnya.
Yang ada modal je akan mampu bertahan. Aku sebagai pelanggan suka je harga jatuh, tapi sampai bila benda ni mampu bertahan?Â
Adakah pekebun kecil akan tebang semula durian dan tanam pokok lain?