SPRM boleh dah siasat isu projek di Perlis seperti didedah Hadi Awang

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyiasat isu projek di Perlis susulan pendedahan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang semalam.

“SPRM tunggu apa lagi. Mulakanlah siasatan. Negeri Kecil. Hasil pun kecil. 

“Kalau kecil pun tidak pandai ditadbir, maka apa lagi mahu mentadbir negara. Jangan bercita-cita sangat. Akhirnya tebuk atap berlaku di SG4,” katanya di Facebook.

Hadi Awang dalam sidang media mendakwa, banyak projek besar di negeri itu tidak mengikut peraturan, yang telah membawa kepada peletakan jawatan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.

Bagaimanapun beliau tidak menerangkan lebih lanjut projek besar yang dimaksudkannya.

“Projek banyak sangat. Projek tak ikut peraturan pula, salah. Di sebaliknya ada rasuah, di sebaliknya ada macam-macam,” kata beliau.

BACA JUGA Kronologi drama politik Perlis