Fury Redemption gegarkan Kuala Lumpur dengan pertarungan penuh emosi dan kebangkitan juara

FOTO BERITA: Weigh-In & Sidang Media sempena Kejohanan Fury Redemption Volume 1. di Arena Sukan Kuala Lumpur Jalan Ayer Jerneh Mukim Setapak, Kuala Lumpur. 27 Disember 2025 (Sabtu)

Dunia sukan tempur tempatan dan serantau bakal menyaksikan satu lagi detik bersejarah apabila FURY REDEMPTION dilancarkan sebagai sebuah pertunjukan seni mempertahankan diri berintensiti tinggi, menghimpunkan 22 petarung elit, 11 perlawanan sengit, serta pengalaman produksi bertaraf dunia yang direka khas untuk peminat tegar dan penonton arus perdana.

Acara ini dibina berlandaskan naratif perjuangan dan peluang kedua, merangkumi kisah kebangkitan petarung selepas kecederaan, penamat perseteruan lama, serta kebangkitan bintang baharu yang ingin membuktikan kemampuan mereka di pentas besar. Setiap pertarungan bukan sekadar perlawanan fizikal, malah sarat dengan emosi, semangat juang dan tekad luar biasa.

Sebagai pembuka tirai, Ceremonial Weigh-in dan Sidang Media Rasmi FURY REDEMPTION yang dibawakan oleh WOWTIX telah diadakan pada 27 Disember 2025 di lokasi yang sama dengan malam pertarungan. Acara tersebut dibuka secara percuma kepada orang ramai dan turut distrim secara langsung tanpa bayaran melalui platform TikTok dan YouTube, sekali gus membolehkan peminat dari seluruh negara mengikuti detik-detik penting sebelum pertarungan.

Acara kemuncak menyaksikan Perlawanan Utama (Main Event) melibatkan pertarungan sengit antara Elias Ghazali dari Sarawak, Malaysia menentang Fahri Alamsyah dari Bali, Indonesia, yang dijangka menjadi tumpuan utama peminat sukan tempur serantau.

Co-Main Event pula menampilkan pertembungan penuh intensiti antara Riedzwan Norsyahmie dari Sabah, Malaysia dan Alan Naseer dari Tehran, Iran, dalam perlawanan yang menjanjikan aksi teknikal serta kekuatan fizikal bertaraf antarabangsa.

Turut mencuri perhatian ialah Celebrity Match Up yang mempertemukan Adam Lee dan Alif Muhaimin, kedua-duanya dari Malaysia, sekali gus menambah elemen hiburan dan tarikan kepada acara tersebut.

Selain itu, Under-card Fights akan menampilkan barisan bakat muda yang sedang meningkat naik dari Malaysia dan luar negara, masing-masing membawa gaya bertarung serta kisah unik yang mencerminkan kepelbagaian dan kekuatan arena seni mempertahankan diri.

Sokongan Rakan Strategik dan Badan Pengesah
Bagi edisi kali ini, FURY REDEMPTION disokong oleh rangkaian rakan strategik baharu, antaranya SPEED+ sebagai Official Fight Gear, ELLOJOY sebagai Official Zero Sugar, KATO sebagai Official Fight Purse, Media Prima sebagai Official Media, dan WOWTIX sebagai Official Ticketing Platform.

Acara ini turut mendapat sokongan Kementerian Belia dan Sukan, serta
disahkan oleh Persatuan Muay Thai Malaysia, Malaysia Professional Boxing Federation, dan Persatuan Muay Thai Kuala Lumpur. Rakan sokongan lain termasuk HVC, Hotel Arena Kuala Lumpur, Dapur Hitam, dan Zero to Hero.

AR Fury Holdings Sdn Bhd merupakan sebuah organisasi sukan tempur yang dinamik dan berpandangan jauh, dengan komitmen tinggi terhadap pembangunan dan pemerkasaan budaya seni mempertahankan diri di Malaysia serta Asia Tenggara.

Lebih daripada sekadar penganjur acara, AR Fury membangunkan ekosistem menyeluruh bagi mengenal pasti, memupuk dan melonjakkan bakat serantau ke peringkat global. Misi syarikat ini berteraskan dua tunjang utama iaitu hiburan dan penganjuran acara bertaraf dunia, serta pembangunan atlet dengan aspirasi global.

Melalui nilai produksi premium, pematuhan piawaian antarabangsa dan program pembangunan atlet yang tersusun, AR Fury berhasrat melahirkan wira seni tempur dari Asia Tenggara yang mampu mengharumkan nama rantau ini di pentas dunia.

Dengan gabungan aksi mendebarkan, naratif penuh emosi dan sokongan industri yang kukuh, FURY REDEMPTION dijangka menjadi antara acara sukan tempur paling berimpak dan tidak dapat dilupakan di Malaysia.
