Kestabilan dasar, keberanian reformasi pacu kejayaan kerajaan Madani

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kejayaan Kerajaan MADANI hari ini adalah hasil kestabilan dasar, keberanian melaksanakan reformasi serta kepercayaan padu yang diberikan oleh rakyat.

Menurutnya, di dalam negara, ekonomi terus diperkukuh melalui pelaburan berkualiti, penciptaan peluang pekerjaan dan agenda pertumbuhan yang inklusif.

Menteri Kewangan berkenaan juga berkata, malah di peringkat antarabangsa, hubungan antara kerajaan, pelbagai negara, kumpulan pemimpin, membuka ruang pelaburan strategik serta memperkukuh kedudukan Malaysia di mata dunia.

“Segala pencapaian ini bukan sekadar angka dan statistik, tetapi diterjemahkan kepada manfaat nyata untuk rakyat, daripada kesejahteraan keluarga, peluang ekonomi baharu, hingga jaminan masa depan yang lebih berdaya tahan,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau menekankan bahawa segala pencapaian Kerajaan MADANI tidak harus dilihat semata-mata melalui angka dan statistik, sebaliknya diterjemahkan kepada manfaat nyata kepada rakyat, termasuk kesejahteraan keluarga, peluang ekonomi baharu dan jaminan masa depan yang lebih mampan.

“Dengan sokongan padu keluarga, sahabat dan rakyat Malaysia, saya percaya Kerajaan MADANI akan terus melangkah ke hadapan, berkhidmat dengan amanah, dan membina negara yang adil, makmur dan berdaya saing untuk semua,” kata Perdana Menteri lagi.

BACA JUGA MB baharu Perlis bakal diketahui tengah hari ini