Negeri Pas, Menteri Besar Perlis dari Bersatu
Adun Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah dari Bersatu telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis ke-12 hari ini.
Ini adalah negeri pertama pimpinan Bersatu sejak menganggotai blok Perikatan Nasional.
Beliau telah mengangkat sumpah di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Istana Arau pada pukul 4 petang.
Pelantikan ini dibuat susulan peletakan jawatan Adun Sanglang Shukri Ramli pada 25 Disember ekoran factor kesihatan.
Sebelum itu, lapan ADUN dari blok kerajaan telah memberikan akuan bersumpah bahawa mereka menarik balik sokongan yang telah diberikan kepada Shukri.
Abu Bakar ialah salah seorang daripada mereka yang telah membuat akuan bersumpah sebelum ini.
Beliau juga pengerusi Bersatu Perlis.
BACA JUGA: MB baharu Perlis bakal diketahui tengah hari ini