Pemimpin Bersatu dakwa Mahiaddin letak jawatan Pengerusi PN
Seorang pemimpin Bersatu mendakwa Tan Sri Mahiaddin Md Yassin akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) pada 1 Januari 2026.
Desas desus peletakan jawatan itu di tengah-tengah ketegangan tekanan antara Bersatu dan Pas.
Ketua Penerangan Bersatu Bahagian Hulu Langat, Mohamad Shafiq Abdul Halim mendakwa, Mahiaddin telah mengumumkan peletakan jawatannya menerusi kumpulan WhatsApp Ahli-Ahli Parlimen PN dan kumpulan Parti Pribumi Bersatu.
“Beliau memaklumkan bahawa peletakan jawatan ini berkuatkuasa pada 1 Januari
“Surat rasmi akan dimajukan dalam tempoh masa yang segera. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Mahiaddin kerana membuat pertimbangan untuk kebaikan PN agar PN dapat maju ke hadapan dan memenangi siri-siri pilihan raya akan datang,” katanya dalam satu video di Facebook.
Sementara itu menurut NST yang memetik sumber, Mahiaddin akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN tetapi kekal sebagai presiden parti.
BACA JUGA Reaksi Pas pasca pelantikan MB Perlis ibarat rumah siap pahat berbunyi