Azmin Ali pula umum letak jawatan SUA PN

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyusuli langkah Tan Sri Mahiaddin Md Yassin dengan turut mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Agung Perikatan Nasional bermula 1 Januari 2026.

Perkara itu dimaklumkan beliau di Facebook sebentar tadi.

“Saya mengambil perhatian bahawa pelantikan saya sebagai Setiausaha Agung PN adalah atas bidang kuasa Pengerusi PN, Mahiaddin.

“Maka, saya juga meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung Perikatan Nasional bermula 1 Januari 2026.

“Saya juga mengambil pendirian meletakkan jawatan selaku Pengerusi Badan Perhubungan Perikatan Nasional Negeri Selangor berkuatkuasa tarikh yang sama,” ujarnya.

BACA JUGA Pemimpin Bersatu dakwa Mahiaddin letak jawatan Pengerusi PN

BACA JUGA Sah Mahiaddin umum letak jawatan

BACA JUGA Ini respon PN Perlis susulan peletakan jawatan Mahiaddin