Peja pun berundur, mengikut Mahiaddin

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang lebih dikenali sebagai Peja telah mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak.

Tindakan beliau dilihat sebagai mengikut pengerusi PN, Tan Sri Mahiaddin Yassin.

“Mengambil maklum keputusan Tan Mahiaddin Yassin untuk meletakkan jawatan sebagai pengerusi PN serta menghormati bahawa kuasa pelantikan adalah prerogatif Pengerusi, dengan ini saya memaklumkan peletakan jawatan saya sebagai pengerusi PN Perak, berkuatkuasa 1 Januari 2026,” katanya dalam satu kenyataan.

Peja bukan orang pertama yang mengikut langkah Mahiaddin.

Datuk Seri Azmin Ali yang memegang jawatan setiausaha agung PN dan Datuk Saharuddin Jamal yang menjadi pengerusi PN Johor turut sama mengumumkan pengunduran mereka.

BACA JUGA: Sah Mahiaddin umum letak jawatan

Azmin Ali pula umum letak jawatan SUA PN