Agenda Melayu Islam mampu dibela tapi hebahan dasar pula agak lembab
Lebih ramai responden yakin bahawa kerajaan Madani mampu membela agenda Melayu dan Islam dalam polisi negara.
Sebanyak 77 peratus responden berpendapat sedemikian dalam hasil tinjauan awam oleh Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar.
Walau bagaimanapun, pada masa sama, sebanyak 59 peratus responden berpendapat hebahan dasar Kerajaan Perpaduan pada masa ini tidak berlaku secara berkesan.
Dapatan awal itu dilihat selari dengan rasa tidak puas hati rata-rata penyokong Kerajaan Perpaduan berkenaan saluran TV dan radio Islam milik kerajaan yang masih diisi penceramah serta personaliti pembangkang.
Walau bagaimanapun, pada masa sama, sebanyak 59 peratus responden berpendapat hebahan dasar Kerajaan Perpaduan pada masa ini tidak berlaku secara berkesan.
Menerusi siaran Story Facebook Hisommudin itu juga, 79 peratus undian bersetuju bahawa Kerajaan Perpaduan mampu bertahan sehingga tamat penggal.
Selain itu, 71 peratus undian juga memahami agenda Malaysia Madani kerajaan pada masa ini.
Tinjauan menerusi media sosial itu juga mendapati 62 peratus responden bersetuju bahawa kerajaan Madani memenuhi jangkaan dan harapan mereka setakat ini.
Soal selidik itu berlangsung pada minggu terakhir Ramadan iaitu lima bulan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.
BACA JUGA Selepas ‘dapat makan’ dalam YADIM, pusat tahfiz Pas pula dapat slot di TV AlHijrah
Â