Mahiaddin letak jawatan, serangan taktikal Bersatu

Mantan Menteri Ekonomi menyifatkan tindakan Tan Sri Mahiaddin Yassin meletakkan jawatan sebagai pengerusi Perikatan Nasional yang dituruti oleh beberapa ketua Bersatu di peringkat negeri sebagai serangan taktikal oleh Bersatu.

“Mereka ada keyakinan bawa nilai tambah tinggi dalam PN. Pas tanpa Bersatu takkan dapat lonjakan sama dan ada kebenarannya.

“Pas ada kekuatan akar umbi tapi on its own Pas adalah satu parti yang dilihat kurang berkemampuan untuk mentadbir.

Selain itu, menurut Rafizi, keberadaan Bersatu mengimbangi keekstriman Pas.

“Pas on its own tidak bersamaan kekuatan PN bersama kerana PN melambangkan satu gabungan yang lebih moderate kerana ada pimpinan daripada Bersatu yang lebih moderate untuk mengimbangi Pas.

“Itu bukan sahaja kepada pengundi Cina, India dan Sabah, Sarawak malah pada Melayu pun.

Rafizi juga yakin bahawa Pas akan ruyup sekiranya Pas melangkah ke dalam pilihan raya secara solo.

Beliau juga menambah bahawa sekiranya Pas keluar daripada PN, Mahiaddin masih mempunyai pilihan Ikatan Prihatin Rakyat.

“Kalau PN terburai atau Pas nak Umno dan keluar PN, Mahiaddin akan kembali sebagai pengerusi PN dengan IPR”.

Rafizi juga mendakwa Pas berada dalam keadaan genting untuk memilih pengerusi PN yang baharu kerana ia akan mengurangkan sokongan pengundi Melayu dan bukan Melayu kerana Mahiaddin mempunyai peratus sokongan tertinggi dalam kalangan pengundi Melayu yang menjadi pengudi teras PN.

If they make egoistic emotional decision untuk ganti Mahiaddin dengan orang lain, they will suffer a few percentage dengan pengundi Melayu.

“Kalaupun ada pengaruh dengan pengundi bukan Melayu, Tan Sri Mahiaddin lagi. They are quite jammed. Ini sebenarnya paralysis.

“Episod ini takkan beri kekuatan berganda pada PN.

“Kalau pilih Mahiaddin sekali lagi, Mahiaddin akan dapat moral victory. Dia punya gamble paid off. Pas akan digelak seluruh dunia.”

Presiden Pas Tan Sri Hadi Awang telah mengumumkan bahawa Pas akan menamakan calon partinya sebagai pengerusi PN.

BACA JUGA: Mahiaddin letak jawatan, Pas alu-alukan