Reformi perlu perkukuh perpaduan, integriti dan agenda rakyat – Anwar

FOTO BERITA: Program Hari Keluarga dan Rapat Reformis Kebangsaan 2026 &:Amanat Presiden untuk Reformis di Bukit Beruntung Golf Resort, Rawang Selangor. 3hb Januari 2026 (Sabtu)

Berucap pada Program Hari Keluarga dan Rapat Reformis Kebangsaan 2026 & Forum 2: “Amanat Presiden untuk Reformis” yang berlangsung. Anwar menekankan bahawa Reformasi bukan sekadar slogan, sebaliknya satu perjuangan berterusan yang menuntut disiplin, kejujuran dan kesungguhan dalam membina Malaysia yang adil dan sejahtera.

Menurut beliau, kejayaan Reformasi hanya dapat dicapai sekiranya semua lapisan reformis kekal bersatu, matang dalam berpolitik serta menjunjung nilai moral dan etika kepimpinan yang tinggi. Anwar turut mengingatkan bahawa kuasa bukan matlamat utama, sebaliknya amanah untuk memperbaiki kehidupan rakyat dan memperkukuh institusi negara.

“Reformasi harus berpaksikan prinsip keadilan sosial, tadbir urus yang baik serta keberanian membanteras rasuah tanpa memilih bulu. Ini adalah amanat yang mesti dipikul oleh setiap reformis,” katanya di hadapan ratusan peserta yang hadir dari seluruh negara.

Dalam ucapannya, Anwar turut menyentuh keperluan memperkasa ekonomi rakyat, mengurangkan jurang kemiskinan serta memastikan peluang pendidikan dan pekerjaan yang adil, khususnya kepada golongan muda. Beliau menggesa reformis agar sentiasa turun ke akar umbi, mendengar suara rakyat dan memahami denyut nadi sebenar masyarakat.

Program yang berlangsung dalam suasana kekeluargaan itu turut diisi dengan sesi forum, perbincangan ideologi Reformasi serta aktiviti mengeratkan silaturahim dalam kalangan pimpinan dan akar umbi gerakan reformis.

Anwar berharap Rapat Reformis Kebangsaan 2026 dapat menjadi medan muhasabah dan penyatuan semula tekad perjuangan, agar agenda Reformasi terus relevan, berdaya tahan dan memberi manfaat nyata kepada rakyat serta negara.

Pengerusi Otai Reformis (PKORM), Mustapa Mansor menegaskan bahawa kejayaan gerakan Reformasi hari ini tidak boleh dipisahkan daripada pengorbanan para pejuang asal yang rata-ratanya kini telah berusia 60 hingga 70 tahun, namun masih setia dan istiqamah meneruskan perjuangan.

Berucap dalam sidang media selepas Program Hari Keluarga & Rapat Reformis Kebangsaan 2026 di Bukit Beruntung Golf Resort, beliau berkata kehadiran golongan reformis veteran yang uzur dan berdepan masalah kesihatan tetapi tetap hadir membuktikan nilai kesetiaan yang sukar dicari dalam perjuangan politik.

“Bentuk fizikal mereka mungkin uzur, ada yang sakit, tetapi semangat dan kesetiaan mereka ini yang sangat mahal nilainya. Tanpa perjuang asal inilah, mustahil pimpinan hari ini dapat berada di kedudukan yang ada,” katanya.

Mustapa turut merakamkan penghargaan kepada para Ahli Yang Berhormat (YB) dan pimpinan yang terus menghargai akar umbi, termasuk sumbangan dalam bentuk tajaan makanan seperti durian dan hasil tempatan, yang disifatkan sebagai simbol keakraban dan kebersamaan bersama rakyat.

Menurut beliau, program tersebut mencatatkan kehadiran memberangsangkan dengan lebih 1,800 peserta, malah makanan yang disediakan habis sepenuhnya, menandakan sambutan luar jangkaan terhadap program berkonsepkan kekeluargaan dan kebajikan itu. Beliau turut memuji semangat gotong-royong para reformis yang sanggup memasak dan bekerja tanpa mengira penat lelah, termasuk ada yang berjaga sepanjang malam demi memastikan kelancaran program.

“Ini bukan soal glamour atau pentas politik, tetapi semangat berkhidmat. menyatakan hasrat PKORM untuk memperluaskan penganjuran program seumpama itu ke seluruh negeri termasuk Melaka, sebagai usaha mengukuhkan jaringan reformis sehingga menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

“Ini bukan soal glamour atau pentas politik, tetapi semangat berkhidmat. menyatakan hasrat PKORM untuk memperluaskan penganjuran program seumpama itu ke seluruh negeri termasuk Melaka, sebagai usaha mengukuhkan jaringan reformis sehingga menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Beliau turut menegaskan pendekatan inklusif gerakan Reformasi dengan membuka ruang kerjasama kepada semua pihak tanpa mengira latar belakang politik. “Kita jemput semua, UMNO, PAS atau sesiapa sahaja. Yang penting kita cintakan negara ini, baiki negara ini sebaik mungkin,” katanya.

Menurut Mustapa, setakat ini lebih 5,000 ahli telah berdaftar di bawah rangkaian reformis pelbagai NGO, termasuk Otai Reformis dan kumpulan pro-reformasi lain, yang kini sedang digabungkan bagi memperkukuh penyatuan dan kefahaman bersama.

Menurut Mustapa, setakat ini lebih 5,000 ahli telah berdaftar di bawah rangkaian reformis pelbagai NGO, termasuk Otai Reformis dan kumpulan pro-reformasi lain, yang kini sedang digabungkan bagi memperkukuh penyatuan dan kefahaman bersama.

Mengakhiri sidang media, beliau menekankan kepentingan kebijaksanaan dalam perjuangan, menasihatkan agar setiap reformis memahami seni dan strategi dalam menghadapi cabaran politik, sambil mengekalkan adab, kesetiaan dan kebersamaan sebagai teras utama perjuangan Reformasi.