Mahal ke murah? Pelanggan terawal beri ulasan jujur hidangan di Rembayung

Seorang pelanggan yang berjaya mendapatkan slot tempahan di restoran Rembayung milik pempengaruh terkenal, Khairul Aming, berkongsi ulasan mengenai lauk pauk yang disajikan.

Dalam perkongsian di Threads, pengguna @wthiqah memberi ulasan untuk 10 jenis hidangan yang dipesannya dengan rating 10/10 diberikan untuk hidangan siakap sambal, udang sambal, terung sambal, ulam & sambal serta buah campur.

Dia memberi rating 6/10 untuk daging masak lemak cili api kerana agak liat. 9/10 untuk ayam lemak cili api kerana kepedasannya tahap berdesing telinga, selain banyak diberikan bahagian isi berbanding tulang.

Telur dadar 7/10 kerana terlalu banyak perencah.

Individu itu juga memberikan rating paling tinggi 100/10 untuk sayur lemak kerana tekstur kuah yang pekat seperti laksam.

Cucur udang juga 100/10 kerana udang yang segar dan besar.

Keseluruhannya, 10 hidangan lauk yang dinikmati bersama rakan-rakannya itu menelan sebanyak RM360.

Pun begitu, resit yang disertakan paling mencuri perhatian kerana dalam beberapa minggu ini ramai ingin tahu anggaran harga di restoran Rembayung.

Antara yang menarik perhatian adalah sepinggan siakap sambal berharga RM68.90 dan daging salai RM35.90, dengan telur dadar berharga RM9.90

Khairul Aming sebelum ini pernah memaklumkan bahawa beliau tidak boleh menetapkan harga makanan yang mesra rakyat untuk semua, mengambil kira pelbagai kos yang perlu dibelanjakan.

BACA JUGA PM Anwar selamat tiba di Ankara, Tukiye atas jemputan Erdogan