Skandal projek lebuh raya MEX II: Ini perkembangan terbaharu
Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merekodkan kenyataan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlam Adam Muhammad dalam siasatannya berkaitan skandal projek lebuh raya MEX II.
SPRM telah mengesan Adam Radlan di United Kingdom dan meyakinkannya untuk pulang ke Malaysia.
New Straits Times memetik sumber yang mengatakan Adam Radlan kembali dalam pertengahan Disember dan merekodkan kenyataan pada 18 Disember lalu.
Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus mengesahkan perkara tersebut.
“Siasatan sedang dijalankan di bawah Akta SPRM dan AMLATFPUAA,” kata beliau.
Adam telah dibebaskan daripada 12 tuduhan rasuah dan penggubahan wang haram berkaitan dengan skim Jana Wibawa.
Jabatan Peguam Negara mengesahkan Adam telah membayar kompaun RM4.1 juta sebelum ke luar negara.
Pengarah Maju Holdings, Tan Sri Abu Sahid Mohamed telah didakwa dengan empat tuduhan pecah amanah jenayah membabitkan RM313 juta dan 13 tuduhan penggubahan wang haram berjumlah RM139 juta berkaitan lebuh raya MEX II.
Projek lebuh raya MEX II sepanjang 18 km bermula pada 2016 dan sepatutnya siap dalam bulan Disember 2019.
BACA JUGA SPRM cari Adam Radlan, menghilang lepas bayar penalti RM4.1 juta