Pemecatan dibuat tanpa proses adil, Saifuddin buat tiga tuntutan yang tidak diendahkan
Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) mendakwa bahawa beliau tidak melalui proses yang adil susulan dakwaan pelanggaran disiplin parti yang menyebabkannya dipecat daripada Bersatu semalam.
Saifuddin yang juga mantan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu telah membuat tiga tuntutan kepada Lembaga Disiplin ketika hadir di dalam satu sesi pendengaran pada 6 Nov.
Tuntutan pertama ialah dua ahli jawatankuasa perlu menarik diri dari mendengar kesnya kerana mereka mempunyai ikatan kekeluargaan dengan pimpinan tertinggi Bersatu.
Tuntutan kedua saya ialah pengesahan identity penyiasat dan pendakwa. Saya meminta lembaga menyatakan nama penyiasat kes saya dan pihak yang memulakan pendakwaan terhadap saya. Ia penting untuk memastikan pihak pendakwaan dan ahli jawatankuasa adalah tiga pihak yang berasingan.
Saifuddin menambah jawapan daripada pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu Datuk Mohammed Radzi Manan menunjukkan penyiasatan kesnya dibuat secara tidak adil dan bertentangan dengan prinsip keadilan.
Tuntutan ketiga ialah kehadiran presiden Bersatu Tan Sri Mahiaddin Yassin semasa pendengaran kes.
Tuntutannya tidak diendahkan. Sebaliknya beliau menerima notis pemecatan.
Saifuddin berkata bahawa beliau akan membuat rayuan terhadap keputusan Lembaga Disiplin.
Saifuddin ialah ahli parlimen dan anggota MPT kedua yang dipecat oleh Bersatu. Sebelum ini Datuk Wan Saiful Wan Jan (Tasek Gelugor) turut dipecat.