Johan Setia catat bacaan indeks pencemar udara terburuk

Setakat jam 10 pagi hanya dua kawasan di Malaysia yang mencatatkan bacaan indeks pencemar udara tidak sihat. Bacaan terburuk di seluruh Malaysia direkodkan di Johan Setia, Klang dengan bacaan 150.

Johan Setia mencatatkan bacaan tinggi sebelum ini kerana amalan pembakaran terbuka.

Kota Bharu mencatatkan bacaan 120. Bacaan tidak sihat di ibu negeri Kelantan naik secara berkadar sejak pukul 7 pagi.

Dua bandar turut mencatatkan bacaan pencemar udara yang baik iaitu Kimanis dan Keningau. Kedua-duanya di Sabah.

Kimanis mencatatkan bacaan 44 manakala Keningau, 50.

Bacaan dalam julat 0-50 adalah baik. Bacaan sederhana adalah di antara 51 hingga 100.

Bacaan tidak menyihatkan ialah di antara 101 hingga 200.

Bacaan antara 201 hingga 300 adalah sangat tidak menyihatkan.

Bacaan 300 ke atas adalah merbahaya.

Bacaan indeks pencemar udara terkini boleh diperoleh di laman sesawang ini.

Laman ini dikemaskini setiap satu jam.

BACA JUGA: Segamat, Kota Bharu, Cheras catat IPU tidak sihat

Â