Pendekatan Steven Sim sangat disenangi, jalan teruih YB
Pendekatan pro aktif yang diambil oleh Steven Sim selepas beberapa hari sahaja berpindah ke Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) telah menarik minat orang ramai.
Tindakan beliau terus memberikan penerangan apa yang akan dibuatnya di kementerian baharu ini disifatkan sebagai sangat menyenangkan.
“Tahun 2026 ialah tahun kita hebatkan perniagaan Malaysia,” kata Steven dalam satu video yang dibuat naik beliau di TikTok beberapa hari selepas dipindahkan ke Kuskop.
Steven telah membina nama baik di Kementerian Pembangunan Sumber Manusia yang dinamakan beliau Kesuma itu.
Kenyataan ini telah disambut dengan sangat baik di kalangan orang ramai khasnya di kalangan ahli perniagaan kecil dan sederhana (PMKS).
“Cemerlang di Kesuma, kini akan diteruskan di Kuskop. Jalan teruih YB,” tulis Rojie Ismail ketika mengulas kenyataan Steven itu.
“Letaklah beliau kat mana-mana kementerian, still function,” kata seorang lagi pengulas yang menggunakan Politik Malaysia sebagai akaun beliau di Tik Tok.
Adam Aidil pula menulis, “Alhamdulillah terbaik YB. Semoga sampai kepada yang memerlukan.”

Klik gambar di atas untuk tonton video Steven Sim ini.
BACA JUGA Tiada idea cari hasil negeri, Pulau Pinang pula diungkitnya