Jimat hingga 30 peratus, Jualan Rahmah MADANI kini sudah tiga kali sebulan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan bermula semalam sebanyak 23,000 Jualan Rahmah MADANI dirancang di seluruh negara dengan kekerapan tiga kali sebulan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

Timbalan Menteri KPDN, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, program jualan murah sepanjang tahun itu disertai oleh pelbagai pihak termasuk pasaraya besar dan kecil, pemborong, peruncit serta koperasi.

Program yang membantu rakyat menjimatkan perbelanjaan keluarga itu meliputi 600 kawasan DUN dan 40 zon di Wilayah Persekutuan.

Imbas kod QR tertera untuk dapatkan lokasi Jualan RAHMAH MADANI di kawasan sekitar anda,” kata Fuziah menerusi hebahan di media sosial.

Orang ramai boleh melakukan semakan takwim Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) di portal KPDN yang menawarkan penjimatan antara 10 hingga 30 peratus lebih murah daripada harga pasaran semasa itu.

BACA JUGA Saingan tiga penjuru di Kinabatangan, BN bertempur dengan Warisan di Lamag